Friday, May 29, 2009

PENGUMUMAN

Dukacita dimaklumkan bahawa saya tidak lagi berkhidmat di Institut Sukan Negara berkuatkuasa 22 Mei 2009. Disebabkan itu, kemungkinan besar tiada post baru berkenaan aktiviti TID akan dipaparkan disini. Walaubagaimanapun, sekiranya ada apa2 berita berkenaan dengan aktiviti Cawangan TID dan maklumat berkenaan program/aktiviti berkenaan di hantar kepada saya, insyaallah akan saya kemaskinikan blog ini. Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti Cawangan TID, sila lawati laman web ISN atau hubungi Cawangan TID di talian 03-89929600.

Monday, February 2, 2009

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan!


KUALA LUMPUR: Hari Wilayah Persekutuan esok meskipun disambut dalam suasana sederhana tidak bermakna ia kurang meriah, sebaliknya konsep jauhi pembaziran lebih banyak ditekankan dalam setiap programnya sejajar situasi ekonomi semasa yang kurang memberangsangkan. Hampir 50 acara induk diatur kementerian bertanggungjawab bagi menghangatkan sambutan ke-35 Wilayah Persekutuan malah setiap aktiviti akan berlangsung di tempat tumpuan umum sekitar ibu kota dan Putrajaya.

Dimulakan dengan program Khutbah Jumaat Khas di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, semalam, aktiviti seterusnya berlangsung secara berkala dengan majlis pelancarannya dijalankan di Astaka Taman Tasik Titiwangsa, di sini, bermula jam 8 pagi. Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusop, berkata sambutan Hari Wilayah Persekutuan kali ini menyaksikan sedikit perubahan berbanding tahun lalu, apabila pelancarannya dijalankan sebelah pagi selain sederhana.

“Sederhana bukan disebabkan peruntukan atau apa, sebaliknya kita mahu lebih menumpukan kepada penjimatan dan mengelak pembaziran apatah lagi agama juga tidak menyokong sifat membazir. “Daripada kita membazir baik bersederhana, masyarakat pun tidak terjejas nanti. Mereka masih tetap meraikan Hari Wilayah ini bersama-sama menerusi hampir 50 acara induk yang kita sediakan.“Saya juga galakkan semua penduduk sekitar ibu kota hadir dengan keluarga masing-masing menyaksikan majlis pelancaran pada sebelah pagi manakala, malamnya diadakan konsert membabitkan artis tempatan di (Astaka Taman Tasik) Titiwangsa,” katanya selepas merasmikan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan, di Dataran DBKL, di sini, semalam.

sumber :- http://www.hmetro.com.my/

Tuesday, January 27, 2009

Selamat Kembali Bertugas!!

Selamat Kembali bertugas!! Tahun Baru Cina telah pun berlalu namun masih ramai yang sedang bercuti termasuk la beberapa orang pegawai TID. Walaubagaimanapun, persiapan sedang dilaksanakan untuk menghadapi beberapa program yang bakal menjengah awal bulan Februari nanti. Nantikan laporan program daripada kami..



Pendaftaran Percuma!!

Wednesday, January 21, 2009

Happy Chinese New Year!!


Kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakan - rakan berbangsa cina, semoga tahun ini mendatangkan kejayaan dan kemewahan yang lebih baik berbanding tahun lepas. Gong Xi Fa Chai!! Jangan lupa limau kami yaa.. :D

Jamuan Makan Malam Kelab TID


Alhamdulillah, jamuan makan malam Kelab TID telahpun sempurna dilaksanakan di Restoran Tupai - Tupai, Kuala Lumpur. Setelah 2 tahun mencarum, jamuan yang sepatutnya dilaksanakan pada tahun lepas telah dilaksanakan awal bulan Jan.

Antara jemputan yang hadir adalah bekas anggota Cawangan TID iaitu En. Khaizani b Ramli yang kini bertugas selaku pensyarah/tutor di Universiti Teknologi Mara (Uitm) Shah Alam. Majlis jamuan dimulakan pada jam 9 malam dan di akhiri dengan cabutan bertuah di mana setiap ahli kelab membawa pulang hadiah yang istimewa.

Akhir kata, semoga kita akan dapat melaksanakan lagi program dan aktiviti sebegini demi mengeratkan lagi hubungan persahabatan antara pegawai dan anggota Cawangan Mengenalpasti Bakat.

Jejaka Idaman TID

Zura dan Ah Beng

Khusyuk makan sampai x nampak kamera

Menikmati hidangan

Zack dan Zana

Ahli keluarga Yang Dipertua Kelab, En. Baharin Taib

Hajah Afzan sudah tidak sabar - sabar lagi

Steamboat hidangan untuk malam itu

Kegembiraan jelas terpancar

Waaa, excited nampak!
Hadiah perpisahan untuk En. Kekek
Bergambar di hadapan restoran (blum ready lar)
Waa kenyangnya

Redeem hadiah cabutan bertuah di pejabat pada keesokan hari

Monday, January 5, 2009

Selamat Datang Anggota-Anggota Baru Cawangan TID

Pihak cawangan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang kepada 6 penolong pegawai belia & sukan yang baru ke Cawangan Mengenalpasti Bakat. Selamat menyertai keluarga TID dan lakukan yang terbaik!

Selamat Datang kepada

1) Wan Zairatulnas bt Ramlan
2) Ahmad Ashriq b Aman
3) Yeoh Lai Yin
4) Nurshakila bt Mohd Marzuki
5) Firdaus b Mohd Subbian (Kemasukan Februari)
6) Muhamad Sukur b Zainal Abidin ( Kemasukan Februari)

Enjoy your stay and work! Have fun...

Thursday, January 1, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah dan Tahun Baru 2009!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pihak Cawangan Mengenalpasti Bakat dengan ini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua pejuang sukan negara. Semoga dengan kehadiran tahun baru kali ini, segala matlamat dan impian pejuang - pejuang sukan negara akan tercapai dan terlaksana. Pihak cawangan sememangnya tidak sabar untuk memulakan tahun baru dengan pelbagai program demi mencungkil dan mengasah bakat - bakat baru.

Salam tahun baru dari Cawangan TID!!